Minggu yang teramat busy buat mereka yang bergelar student
university tatkala ini bertungkus lumus study demi menghadapi peperiksaan akhir
yang bakal menjelma. Semoga dipermudahkan insyaAllah. Apa yang diharapkan
didalam hati kecil semoga study kita ini menjadi qudwah buat dakwah. insyaAllah
menjadi sebuah ibadah dan mencapai maradhatillahnya. “Haishhhh, macam mana nak
relatekan study dengan dakwah pula. Kalau study niat beribadah tu selalu lah
dengar akhi”. Ehemm, macam ni semua ni adalah bende yang kita semua wajib tahu.
Apabila terang lagi bersuluh akan matlamat dan tujuan hidup kita seperti yang
dinyatakan Allah dalam kalamnya (rujuk 2:30 dan 51:56) bahawasanya kita ini
adalah hamba yang taat beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah diatas muka
bumi ini. Sekiranya hidup kita hanya menjadi hamba yang beribadah kepada Allah
dan berbuat baik seorang diri mahupun kepada makhluk lain, maka tidak complete
lah tujuan hidup yang digariskan kepada kita. Kalau matlamat hidup kita disaat
ini hanya mengejar kecemerlangan dalam study sahaja, dan menanamkan niat study
kita itu hanya sebagai ibadah. Hmmm tak ubah seperti rakan-rakan kita yang
bernama Ah Chong mahupun Muthusamu yang sedang seronok makan capati sambil
study itu. Mungkin ramai yang membaca ni rasa macam nak sekeh dan cekik saya. Ehemmm,
sabar baca sampai habis tahu..hehehe.
Kalau study itu hanya untuk mencari pahala semata maka
memang jelas tak cukup lah matlamat dan tujuan hidup. Kenapa pula? Sebab kita
tak mengaitkan langsung study kita tadi dengan tugas-tugas kita sebagai
khalifah. Bro tanggungjawab khalifah tu bukan main-main bro. ehh akak tugas
khalifah tu bukan semudah dan boleh dianggap remeh seperti tidak membubuh
ajinamoto dalam masakan akak oiii. Tugas dakwah tu bukan ada pada pak ostad dan
ostajah jer. Uhukk!
![]() |
| kredit |
Fikirkan,adakah kita ni manusia ataupun hanya sebuah robot,
yang sudah seakan-akan mengikuti rutin-rutin harian yang dianggap osem tu? Kalau
anda rasa kitaran hidup anda setiap hari itu osem? Memang sah anda robot. Mana tidaknya,
bangun tido mandi makan riadah study, study, study,study dan study study sampai
tido semula. Ehemm ibadah wajib memang patut ditunaikan. Kalau tidak memang
lagi teruk dari robot. Dekat mana tugas khalifah kita yang sebenar-benarnya ni.
Ada orang menyatakan khalifah ini pemimpin. Dipendekan cerita tugas kahlifah
bukan sekadar pemimpin. Untuk infomasi lanjut nanti tanya incik google, khalifah
yang digariskan oleh ibnu khaldun. Hehehh
“dah kenapa tiba-tiba cerita pasal khalifah, ostad ostajah
pulak ni tiba-tiba. Arghhhhhhhhhhhh sambil menghentakan kepala pada dinding”.
Opsssss, hehe lari pada plot sebenar, maafkan saya,
hewwwhewwww..
![]() |
| biar gambar berbicara, kredit |
Sebagai seorang student dan sebagai seorang pendakwah
mahupun bercita-cita menjadi pendakwah dan penggerak ummah. Yang teramat sangat
melihat rakan-rakan disekeliling berupah daripada monster jahiliah kepada power
rangers ummah. Memang wajib kita faham apa itu tujuan hidup, tugas-tugas kita
diatas muka bumi Allah ini. Memang kita sedang pulun habis-habisan dan
bermati-matian di medan akademi. Harus dingatkan, study itu hanya alat untuk
mencapai matlamat dan tujuan hidup. Cemerlang dalam study itu memang perlu demi
menyempurnakan tujuan hidup kita. Dan ketidak cemerlangan study itu sebenarnya
boleh membawa fitnah kepada dakwah kita..huhuhuhu..so ayuh study, jom
dakwah..dakwah itu mudah..semoga study dan kecemerlangan kita menjadi qudwah
buat dakwah, qudwah kepada rakan disekeliling untuk berada dalam dakwah. Update
niat kita. Study demi qudwah dakwah demi mencapai maradhatillahNya. semoga dipermudahkan segala urusan kita memahami ilmu Allah yang Maha Luas ini.. Wasalam.


penulisan yang bersahaja,sedap dibaca,,truskan usaha sahabat.. :),gud luck final nanti
ReplyDelete