Monday, 24 December 2012

Study Hebat! Dakwah Osem!

Minggu yang teramat busy buat mereka yang bergelar student university tatkala ini bertungkus lumus study demi menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelma. Semoga dipermudahkan insyaAllah. Apa yang diharapkan didalam hati kecil semoga study kita ini menjadi qudwah buat dakwah. insyaAllah menjadi sebuah ibadah dan mencapai maradhatillahnya. “Haishhhh, macam mana nak relatekan study dengan dakwah pula. Kalau study niat beribadah tu selalu lah dengar akhi”. Ehemm, macam ni semua ni adalah bende yang kita semua wajib tahu. Apabila terang lagi bersuluh akan matlamat dan tujuan hidup kita seperti yang dinyatakan Allah dalam kalamnya (rujuk 2:30 dan 51:56) bahawasanya kita ini adalah hamba yang taat beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah diatas muka bumi ini. Sekiranya hidup kita hanya menjadi hamba yang beribadah kepada Allah dan berbuat baik seorang diri mahupun kepada makhluk lain, maka tidak complete lah tujuan hidup yang digariskan kepada kita. Kalau matlamat hidup kita disaat ini hanya mengejar kecemerlangan dalam study sahaja, dan menanamkan niat study kita itu hanya sebagai ibadah. Hmmm tak ubah seperti rakan-rakan kita yang bernama Ah Chong mahupun Muthusamu yang sedang seronok makan capati sambil study itu. Mungkin ramai yang membaca ni rasa macam nak sekeh dan cekik saya. Ehemmm, sabar baca sampai habis tahu..hehehe.


Kalau study itu hanya untuk mencari pahala semata maka memang jelas tak cukup lah matlamat dan tujuan hidup. Kenapa pula? Sebab kita tak mengaitkan langsung study kita tadi dengan tugas-tugas kita sebagai khalifah. Bro tanggungjawab khalifah tu bukan main-main bro. ehh akak tugas khalifah tu bukan semudah dan boleh dianggap remeh seperti tidak membubuh ajinamoto dalam masakan akak oiii. Tugas dakwah tu bukan ada pada pak ostad dan ostajah jer. Uhukk!

kredit
Fikirkan,adakah kita ni manusia ataupun hanya sebuah robot, yang sudah seakan-akan mengikuti rutin-rutin harian yang dianggap osem tu? Kalau anda rasa kitaran hidup anda setiap hari itu osem? Memang sah anda robot. Mana tidaknya, bangun tido mandi makan riadah study, study, study,study dan study study sampai tido semula. Ehemm ibadah wajib memang patut ditunaikan. Kalau tidak memang lagi teruk dari robot. Dekat mana tugas khalifah kita yang sebenar-benarnya ni. Ada orang menyatakan khalifah ini pemimpin. Dipendekan cerita tugas kahlifah bukan sekadar pemimpin. Untuk infomasi lanjut nanti tanya incik google, khalifah yang digariskan oleh ibnu khaldun. Hehehh

“dah kenapa tiba-tiba cerita pasal khalifah, ostad ostajah pulak ni tiba-tiba. Arghhhhhhhhhhhh sambil menghentakan kepala pada dinding”.

Opsssss, hehe lari pada plot sebenar, maafkan saya, hewwwhewwww..

biar gambar berbicara, kredit
Sebagai seorang student dan sebagai seorang pendakwah mahupun bercita-cita menjadi pendakwah dan penggerak ummah. Yang teramat sangat melihat rakan-rakan disekeliling berupah daripada monster jahiliah kepada power rangers ummah. Memang wajib kita faham apa itu tujuan hidup, tugas-tugas kita diatas muka bumi Allah ini. Memang kita sedang pulun habis-habisan dan bermati-matian di medan akademi. Harus dingatkan, study itu hanya alat untuk mencapai matlamat dan tujuan hidup. Cemerlang dalam study itu memang perlu demi menyempurnakan tujuan hidup kita. Dan ketidak cemerlangan study itu sebenarnya boleh membawa fitnah kepada dakwah kita..huhuhuhu..so ayuh study, jom dakwah..dakwah itu mudah..semoga study dan kecemerlangan kita menjadi qudwah buat dakwah, qudwah kepada rakan disekeliling untuk berada dalam dakwah. Update niat kita. Study demi qudwah dakwah demi mencapai maradhatillahNya. semoga dipermudahkan segala urusan kita memahami ilmu Allah yang Maha Luas ini.. Wasalam.

1 comment:

  1. penulisan yang bersahaja,sedap dibaca,,truskan usaha sahabat.. :),gud luck final nanti

    ReplyDelete