“cuti ni kita balik awal sehari tau,kita share duit kita
buat bbq, barulah seronok”, kata Irfan. berBBQ menjadi rutin yang amat
digemari, letak jer lah ape-ape pun atas BBq pit tu, memang disapu bersih oleh
mereka. Itulah rutin-rutin yang mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Bermula dari
mencuci bahan-bahan yang perlu untuk dipanggang sehinggalah mengemas dilakukan
bersama. ‘rindu zaman-zaman itu’, monolog mirul sendirian. Zaman senior adalah
zaman yang terheaven, buatlah apa yang anda suka, yang penting jangan langgar
undang-undang sekolah sudahlah. Keluar kebandar bersama, mencekik di kedai dan
berfoya-foya di sekitar Alamanda juga antara aktiviti yang terosemm. Apabila Alamanda
menjadi asrama kedua, berjalan hanya berseluar trek dan t-shirt adalah perkara
biasa dan menjadi musykil apabila melihat mereka yang seperti baru turun dari
pentas peragaan, mana tidaknya berpakaian kalah model-model pakaian. Huhh sungguh
kelakar!.
……………………..
Ukhuwah yang dulu tercipta hanya kerana nama persahabatan
kita telah bertukar menjadi ukhuwah benar-benar kerana Allah dan jalan
dakwahnya. Nilai ukhuwah yang termahal apabila bersama-sama menegakan
syariatnya. Meskipun telah berada di merata benua. Namun mempunyai niat dan
matlamat yang sama. Bersama berjuang membina sebuah menara yang tiada tertiggi
darinya, iaitu menara yang bernama Islam. Masing-masing telah menjadi
rijal-rijal agama memperluaskan medan dakwah. Dakwah dan Tarbiah dibenua sana
memang bergerak laju berbanding di tanah air terchenta ini. “huhh, sungguh
banyak tugas yang perlu diselesaikan, mana tidaknya jahiliah di Malaysia ini
dilihatkan benar-benar terancang, tidak cukup dengan reality show yang membuang
masa ditelevisyen, puas dengan Akademi Fantasia ditambah lagi dengan mentor
(Tunjuk ajar ku siputt sedut, sutttttt). Berlari-lari anak muda yang yang
dikira atas IC nya Islam terkinja-kinja meminati dan berlumba-lumba
menyertainya. Masjid dan surau dipenuhi dengan pakcik-pakcik tua sahaja.
Politik pula pincang, fitnah yang berleluasa, membuatkan anak-anak muda semakin
jauh dari Islam yang sebenar”, mengeluh sendirian mengenang akan bnyak lagi
kerja-kerja yang perlu dilakukan. Lain pula situasinya dengan ikhwah-ikhwah di
obersea, perjalanan dakwah yang laju walaupun jahiliah juga semakin laju, dek
kerana persekitaran muslim disana sedikit, memudahkan mereka menyebarkan fikrah
sesama mereka.
………………………….
“banyak lagi yang tak cover ni”, exam dah semakin dekat,
merepek Afiq dipetang hari. Memandangkan exam yang menjelang minggu hadapan,
menjadi adat seorang student bidang engineering menghadapi situasi ini. Tidak kira
dibenua mana anda, di university mana sekali pun, kalau memilih bidang engine
ni, inilah makanan dia. Berjaga malam mengadap esemen yang berlambak. Project yang
tidak terkira susahnya. Tapi itulah jalannya yang perlu dihadapi mereka. Study ini
adalah alat yang terpenting untuk perjalanan dakwah mereka. Qudwah untuk
persekitaran mereka mungkin. Afiq , Irfan
dan Mull, masing-masing sedang bertungkus lumus menelaah pelajaran dan apa
kurangnya mirul di Malaysia. Hanya seminggu sahaja lagi untuk menghadapi
peperangan seperti mereka. Walaupun busy dengan exam sekalipun, namun komitmen
terhadap dakwah tidak pernah dilupakan. “aku kena handle program lepas exam ni
mirul, banyak jugak bende yang kena buat ni” kata Afiq dalam chatnya petang
tadi. “berbangga ana dengan enta, begitu komited dengan dakwah, qawiy sheikh”,
reply mirul sambil memberi sokongan akan sahabatnya bergerak laju dalam dakwah.
Indah sebuah ukhuwah yang terjalin dengan ikatan tarbiah. Persahabatan itu
telah dirasakan manis namun apabila dihadirkan nilai-nilai tarbiah didalamnya,
ia menjadi lebih manis mungkin akan menyebab penyakit kencing manis. “semoga
berkekalan ikatan ukhuwah ini hingga akhirnya”, monolog mirul sendirian.
……………………………
Biarpun berbeza benua, namun ukhuwah fillah Abadanabada
menjadi penguat ukhuwah. Ukhuwah kerana bersama-sama dalam satu jalan dakwah
dan tarbiah serta bersama-sama mencari maradhotillah. Teringat akan sebuah
kisah dimana apabila nabi duduk berbicara dengan para sahabatnya;
“
Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat mereka yang bukan dari
kalangan nabi, dan bukan juga dari kalangan syuhada, Tapi bahkan para nabi dan
syuhada amat mencemburui mereka tatkala hari kiamat nanti, tersebab kedudukan
yang diberikan oleh Allah pada mereka”.
Ya Rasulullah. “ kata
para sahabat ketika itu, “beritahulah kepada kami siapa mereka? “
Jawapan baginda :
mereka adalah segolongan manusia yang saling mencintai kerana Allah. Bukan
disebabkan oleh ikatan darah ataupun persahabatan. Dan bukan juga disebabkan
harta. Demi Allah. Wajah mereka pada hari itu bersinar-sinar gemilang dan
mereka berada di atas cahaya. Mereka tiada berasa bimbang dan khuatir ketika
manusia lain berada dalam keadaan ketakutan. Dan mereka tidak bersedih ketika
manusia yang lain sedang berduka.
Hadith Qudsi yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi menceritakan tentang kurnian Allah
kepada para pencintaNya itu. “orang-orang yang saling mencintai demi
keagunganKu, demikian Allah berfirman akan diberikan padanya mimbar dari cahaya
yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada”.
Semoga inilah sebuah
ukhuwah yang mencari cinta Allah dan Rasulnya. Biarpun dibumi yang berlainan
namun bersama menjalankan amanah yang diberikan dan dipertanggungjawabkan. Dan menjadi
benih-benih dakwah yang subur dan rimbun daun-daun tarbiahnya.
Tidakkah kamu
memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik
seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjunam ke langit,pohon
itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizing Tuhannya, Dan Allah
membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu beringat – (Ibrahim-24-25)
…………………….......
tamat
jazakallah kepada semua watak yang terlibat, semoga ukhuwah berkekalan hingga keakhirnya. belambaknya cerpen cinta yang dilahirkan dan diterbitkan sehingga terlupa akan kemanisan sebuah ukhuwahfillah abadan abada. salam

No comments:
Post a Comment