![]() |
| kredit |
Sepoi-sepoi angin pantai menerpa pipi, termenung melihat
betapa indah akan ciptaan Illahi, nikmat mata yang diberikan untuk melihat akan
kebesaran kuasaNya menjadikan hamparan pantai dan langit yang luas terbentang. Di
gigi air terlihat ikhwah yang sedang berlari seakan-akan budak-budak kecil yang
excited giler jumpa pantai. Nikmat yang paling dusyukuri dan tidak akan
disia-siakan nikmat tarbiah yang diberikan. Mana tidaknya dalam ramai-ramai
manusia yang dijemput Allah untuk melihat dunia, Dia telah memilih kita menjadi
seorang muslim, than dalam ramai-ramai muslim Dia memilih kita untuk berada
dalam jalan tarbiah..woiiii serius osemm dipilih berada dalam nikmat tarbiah. Kenapa
osemm sgtnya nikmat tarbiah ni akhi, cuba bagitahu siket.
Ehemm, ok firstly anda telah berada dalam jalan dakwah yang
memang osemm, tidak terasa tension malahan teramat tenang.
Kedua, kalau anda terasa nikmat persahabatan itu osem,
nikmat persahabatan yang dihasilkan kerana akidah dan fikrah, fuiyoo lagi
osemm.
Ketiga, dalam anda sedang kesusahan dan kegundah gulana
kerana dugaan dan ujian, Ikhwah ini lah orang pertama yang akan dapat kesan
permasalahan anda. Hewwwhewww(sambil tersenyum). Power betul hidung ikhwah ni,
kalah hidung kucing yang sedang mencari tikus.
Keempat, dalam mengenal tarbiah ini jugalah, aku tahu akan
tugas-tugas syahadatain, ehemm, seronok jer mengucap dua kalimah syahadah. Tapi
tidak tahu akan kenapa dan apa yang perlu dilakukan sebalik terucap kalimah
syahadah. Walhal perkataan yang semudah itu, namun berat untuk diucapkan oleh
Abu Jahal. Sedangkan Abu Jahal yang diceritakan dalam sejarah awal Islam itu
sebenarnya benar-benar memahami akan tanggungjawab syahadatain. Dan disebab
itulah dia tidak mampu melafazkannya. Abu Sufyan diantara orang-orang power
quraish yang menentang perjuangan dakwah nabi, teragak-agak pada awalnya untuk
melafazkan syahadatain tersebut. Dan akhirnya sempurna juga syahadatain
langsung ke kota mekah membenarkan pengakuan dihadapan orang-orang mekah serta
memberitahu siapa yang berada didalam rumahnya akan selamat ketika rombongan
Madinah dalam perjalanan membuka kota mekah.
Kelima, dalam tarbiah ini jugalah tercipta benar-benar
kecintaan kepada rasul junjungan. Mana tidaknya apabila disebut tarbiah, ehemm
mereka yang anti jenama usrah ini akan membesarkan mata lantas mencebik bibir
lalu membuat senyuman yang sinis. Jenama ustah yang di ilhamkan oleh assyahid
Hassan al-banna ini sebenarnya penjenamaan semula sunnah nabi dahulu. Zaman awal
dakwah nabi, tiada istilah usrah ini, hanya nama-nama seperti halaqah dan liqa.
Ehemmm, ikut sunnah kot join bulatan gembira ni akhi, bulatan gembira kita yang
osemm ini bukan setakat tazkirah ilmu jer. Tazkirah fikrah, jasmani serta
rohani. Melengkapi segalanya. Free-free dapat ikut sunnah. Alhamdulillah,
semoga diistiqamah dan ditetapkan hati dalam perjalanan ini.
Keenam, inilah keluarga muslim yang sebenar. Dimana keluarga
yang tidak berkira akan masa, tenaga mahupun kewangan untuk bersama-sama
membantu. Ini kerana percaya akan khabar gembira apabila membantu sesama muslim.
Dijadikan cerita sebuah program yang dijalankan. Program yang benar-benar minit
akhir dirancang. Tiada organisasi dan perancangan yang rapi. Dan akhirnya
berlangsung, oh her memang tiada sambutan akan program tersebut, namun kuantiti
yang sedikit itu akhinya menjadi kualiti yang power. Alhamdulillah. Kerjasama dan
bantuan dalam keluarga tarbiah inilah yang menjayakannya. Dan pertolongan dari
langit itu benar-benar hadir. Ohh er dalam tarbiah inilah semua bende jadi
positif. Sekiranya ada dugaan dan ujian..haaaa ini comfirm tarbiah dari langit
nih, uhukk! Tarbiah rabbaniah..hehe
![]() |
| kredit instagram kawan jiran sebelah rumah..ehemm |
Akhir sekali, dulu masa sekolah dalam pendidikan Islam
pernah belajar akan hidayah itu milik Allah. Apabila berada dalam tarbiah
inilah, anda akan mengerti ohh errr hidayah itu milik Allah. Anda menyetuh Ali
untuk mengajaknya berada dalam tarbiah juga, bertungkus lumus bermuayasyah
dengan beliau. Namun beliau menolak akan jalan tarbiah ini. Ok tak per, belum
masa lagi untuk beliau terima, insyaAllah dia akan merasakan juga nikmat
tarbiah ini, Amin. Dalam sirah manusia perempuan yang paling famous akan
jahiliah nya adalah hindun zaujah kepada abu sufian yang telah memamah jantung
Saidina Hamzah, pakcik nabi. At last memeluk Islam selepas fathul makkah lantas
menghancurkan semua berhala dalam rumahnya.
Ehemmm, nikmat tarbiah yang tidak mungkin disia-siakan. Nikmat
yang tidak dijual dipasal malam. Rasa yang lagi sedap dari ikan siakap tiga
rasa. Pakcik chef wan yang power masak tu pun, belum mampu memasak masakan yang
selarat tarbiah ini. Jom cari bulatan gumbira, jom cari incik tarbiah, jom
peluk kuat-kuat makcik hidayah. Ehemm, demi mencapai maradhatillah..wasalam
.......sesungguhnya Aku telah memilih (melebihkan) engkau dari manusia yang lain untuk membawa risalah-Ku dan FirmanKu, sebab itu berpegang teguhlah pada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau termasuk orang-orang yang bersyukur (Al-Araf-144)


No comments:
Post a Comment