Seusai membaca kisah akhowat yang ditimpa kemalangan
dimoscow dalm buku Jom edisi 8, termenung ditangga rumah sewa home sweet home
ini. Wahhh. Sungguh ujian buat mereka memang power. Sungguh mereka yang power
sahaja dipilih Allah untuk diuji sebegini rupa. Namun apa yang ditenungkan
mampukah aku mempunyai wajah yang sebersih arwahamah itu. Sungguh terbukti
kecintaan mereka terhadapNya sehingga diambil nyawa disaat mereka sedang
bermusafir. Dan dibuktikan lagi dengan sebersih dan raut ketenangan yang terpancar
diwajah mereka. Muhasabah seketika tatkala kadang-kadang bermusafir bukan kena
pada tempat dan tujuannya. Kadang kala perjalanan yang penuh dengan perkara
lara dan tujuan nya yang jauh dari tujuan hidup langsung tiada unsur-unsur
dakwah. Mana mungkin untuk mempunyai wajah sebersih itu tatkala nyawa dijemput
olehNya. Sering bermain difikiran kerana
tidak mampu menjadi qudwah yang mampu menarik rakan-rakan sebaya ke arah
dakwah. Untuk memastikan mereka untuk solat pada waktunya kadang-kadang tidak
mampu. Bagaimana dengan tugas dakwah khalifah dan syahadatul haq yang tergalas
dibahu ini. Bagaimana dengan gerabak dakwah yang sedang dipacu oleh diri ini,
adakah sekadar impian memacu laju gerabak laju ini dengan jahiliah yang masih
bertungkus lumus dilakukan. Sungguh dan pasti jahiliah ini menghantui diri dan
memberatkan diri dan dakwah yang itu sendiri. Sering terlintas dan
terngiang-ngiang akan kata-kata sang murobbi yang sering mengingatkan jahiliah
itu diibaratkan seperti kita sedang mendaki sebuah bukit yang tinggi dengan
membawa berbuah-buah beg yang berat. Sanggupkah kita untuk membawa beg yang
berat untuk sampai ke puncak bersama-sama dengan orang lain means ikhwah yang
focus dakwah dan tidak memikirkan perihal jahiliah dan kesenangan hidup.
Kadang-kala meronta-ronta juga hati kerana mahu juga berseronok bersama
kawan-kawan yang lain. Namun lantas seperti petir yang menyambar dan membisikan
sesuatu..hoii,..awak tu ikhwah, tak ingat ker mutarobbi dan mad’u baru kau
dapat tu, jahiliah ni kan melambatkan dakwah dan tarbiah itu sendiri..tugas
kita kan sebagai khalifah..berapa kali nak kena bagitahu ni..
Zassss…lantas teringat ayat-ayat cinta dan kasihNya
 |
| credit |
Dan sekiranya kami tidak memperteguhkan hatimu, nescaya
engkau hamper sahaja condong sedikit kepada mereka (17:74)
Siapa mereka tu..jahiliah dan taghutlah..huwaahhhh..sungguh
hampir kearah jahiliah setiap perlakuan yang dicintai itu
Dan Allah terus member kata-kata cintanya
…boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik
bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui..(2:216)
Wahai orang-orang beriman! Masuklah kedalam Islam secara
keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh
yang nyata bagimu..(2:208)..
Wasalam..
No comments:
Post a Comment