Tuesday, 24 January 2012

Kisah cinta Ummu Qais dan Hatib





Diceritakan bahawa ada seorang sahabat yang bernama Hatib yang sangat menyayangi dan menyintai seorang gadis rupawan yang bernama Ummi Qais. Seperti biasa, orang bercinta semestinya berusaha supaya gadis itu dimiliki olehnya. Walaubagaimanpun peminangan Hatib terhadap Ummi Qais ditolak. Kemudiannya berhijrahlah Ummi Qais bersama rombongan orang-orang Islam ke Madinah. Apabila sampai ke pengetahuan Hatib tentang peristiwa hijrah Ummu Qais tersebut, beliau mengambil keputusan untuk turut berhijrah bagi menjejaki Ummi Qais dengan harapan dapat memujuk Ummu Qais semula ketika di Madinah nanti. Maka ternyatalah bahawa hijrah Hatib tersebut hanyalah untuk mengejar cinta Ummu Qais dan bukan kerana tujuan asal berhijrah iaitu untuk mencari tempat perlindungan agamanya. Penceritaan sebab hijrah Hatib ini telah sampai ke pengetahuan Rasullullah SAW dan disabdakan sebuah hadis, iaitu

“…..Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia(sebab-sebab keduniaan) yang ia ingin memperolehinya, ataupun kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia hijrahkan.” [riwayat Bukhari dan Muslim]

Pengertian terhadap hadis tersebut adalah bahawa tiada pahalalah terhadap penghijrahan yang dilakukan itu. Hal ini kerana orang lain melakukan hijrah adalah kerana ingin membawa dirinya dan agamanya agar terselamat dari fitnah kekufuran yang mengancam Makkah serta semata-mata kerana Allah dan RasulNya manakala hijrah yung dilakukan Hatib adalah kerana cintanya terhadap seorang gadis yang bernama Ummu Qais.
Walaubagaimanapun hadis itu tidaklah hanya ditujukan terhadap Hatib sahaja, hal ini kerana kita juga patut mngambil pengajaran dari peristiwa tersebut. Setiap amalan dan perbuatan kita adalah bergantung kepada niat kitab yang sebenarnya. Hendaklah kita sentiasa berwaspada supaya ibadat- ibadat yang dilakukan oleh kita mendapat pahala 100%..dan tidak berkurang sedikit pun..bukan ape, rugilahkan kalau x dapat pahala full sebab ade sikit jer terpesong kat niat tu kan. Jadi sebagai seorang individu muslim hendaklah kita sentiasa perbetulkan niat dan perbaiki amalan kita. Sebuah amalan yang kecil itu boleh menjadi besar ganjarannya hanya bergantung pada niatnya…



1 comment:

  1. Kisah ini menyebabkan hadis 1 keluar dlm rangkuman hadith 40 imam nawawi. Diriwayatkan oleh 2 org imam.
    Bacalah semua. In shaa Allah. Niat diutamakan

    ReplyDelete