Monday, 10 December 2012

Ukhuwah antara Benua (episod 4)

“huhhh”, melepaskan nafas setelah menghirup udara segar tepi pantai selepas solat subuh amat menenangkan, ditemani suara-suara sang ayam yang sedang berkokok. Sangat mengosemmkan aiwahhh, menjadi suasana yang menggebirakan buat mirul di setiap pagi. Sesudah menghabiskan bacaan al-mathurat nya terus menekan kekunci laptop kesayangannya melihat hupdate terkini perihal gaza dan Syria. Dan tidak lupa melihat wall para sahabatnya nun jauh disana. Siapa sangka perangai segangster beliau dan seceria namanya ini mempunyai tabiat pelik sebegini. Dan siapa juga sangka beliau amat mencintai lingkaran bulatan gumbira dan ceria. Memang fanatic sangat melalui jalan dakwah dan tarbiah yang teramat osemm ini. Namun jauh sudut hatinya benar-benar mengharapkan sahabatnya yang berada jauh disana turut berada dalam sebuah gerabak yang sama. Gerabak dakwah dan tarbiah ini. ‘Bipp bipp’, khaifahaluka syeikh, macam mana iman hari ini, aiwahhh osemm tak’, terpampang di skrin handfon jenama sony beliau mesej daripada murobbi terchentanya. Sungguh beruntung mempunyai murobbi yang benar-benar menjaga anak-anak usrahnya. Wahhh osem bukan bulatan gumbira, bukan setakat bergumbira namun ditanam benih-benih fikrah Islam yang sebenar dan dibajai dengan nilai-nilai ukhuwah yang terbaik dari ladang.
…………………………….
Bumi Troy, USA yang benar-benar menceriakan, perbezaan waktu yang amat ketara dengan Malaysia. Mereka disana sedang bersiap untuk solat maghrib, namun di Malaysia sedang menunggu azan subuh. Namun bumi yang dipijak inilah menjadi medan terbaru buat Afiq. Biarpun jauh beribu batu dan terpisah beberapa benua daripada tanah air tercinta, dengan semangat yang power menjadi bekal meneruskan niat yang tersimpan hati. Siapa tahu Afiq juga mengikut bulatan gumbira yang sama sebelum beterbangan ke US. Bersama-sama berada dalam satu gerabak dakwah dan tarbiah dan lingkaran bulatan yang osemm tidak terhingga ini. “salam akhi, dalam dua tiga hari ni, ana busy siket kena handle satu program untuk ikhwah-ikhwah dekat sini”, dalam kiriman chat terakhir afiq kepada mirul pagi semalam. Tidak kurang juga dengan Irfan, sehingga kini berasa malu kerana baru berada dalam gerabak ini. “tersangat pelik, dalam jalan yang tersangat osemm ni mana ada istilah senior dan junior”, ko nak kena sekeh ker cekik Irfan, nak segan buat apa, patutnya terasa bersyukur yang teramat sangat kerana kita bersama-sama dalam perjalanan dakwah yang sumpah panjang ini, jalan yang bukan mudah seperti memasak meggi curry”, dan sepatutnya kita perlu memikirkan kawan-kawan kita yang lain sudah berada dalam gerabak yang sama ke belum”, diceramah dan dibebel mirul sebelum tidur. Mana tidaknya waktu disana juga jauh berbeza dengan Malaysia. Dalam dakwah tidak pernah kenal usia, tidak pernah menilai selama mana anda dalam gerabak dakwah, dan berapa banyak manusia yang berjaya ditarbiahkan oleh anda. Namun apa yang dinilai oleh Allah seberapa banyak usaha anda untuk mengekalkan dan berjuang dalam gerabak tarbiah ini. Menetes air mata dibebel di malam hari, “jangan risau, kita akan sama-sama bantu, semoga tetap  enta dalam perjalan ini di bumi Canada Irfan”, sambung mirul “ukhuwah yang tercipta kerana akidah ini mewajibkan kita saling bantu membantu dan meningkat semangat sesama kita”,indah bukan, kata mirul kepada sahabat terchentanya. Ukhuwah yang dahulunya terbina hanya kerana nilai persahabatan namun kini telah bertukar menjadi……
………………………………
bersambung
kredit

No comments:

Post a Comment