![]() |
| kredit |
Huhhh...penat rasa badan ini..sambil bersandar di bawah
pohon pinang yang tidak berapa tinggi ini..keluh rasa hati. Sambil termenung
memikirkan untuk apakah aku penat kesana kemari, berprogram yang melibatkan
jarak yang agak jauh ini. Semoga perjalanan yang jauh dan memenatkan ini dikira
sebagai ibadah dan mendapat keredhaan Allah yang dicari-cari selama ini.
Sesungguhnya bermusafir ini adalah salah satu cara untuk
diri kita mendapat tarbiah secara langsung dari Allah. Mana tidaknya, dalam
perjalanan yang jauh ini kita diberi peluang oleh Allah untuk bermuhasabah diri
kita yang sering lagha ini serta tekad melakukan jahiliah tanpa disedari. Bak kata
incik Angle pakai Gucci dalam tulisan qawiy diblog power beliau, Anda adalah
seorang Daei yang benar-benar melakukan tugas khalifah atau seorang daei yang
benar-benar bertungkus lumus mengejarkan maksiat. Zasss..memang seperti
disambar petir jua halilintar apabila membaca status beliau ini. Hiyahhh..sesungguhnya
setiap tarbiah rabbaniah yang dicetuskan olehNya perlu diperhalusi dan
dicermati dengan sehabis baik. Kerana cetusan-cetusan cinta yang datang tidak
mungkin akan hadir berkali-kali. Hanya istighfar dan keazaman untuk terus
berada didalam jalannya ini.
![]() |
| kredit |
Kepenatan melakukan ibadah dan kebaikan adalah perkara yang
bukan sia-sia. Biarpun tidak kelihatan balasannya didonia yang sementara ini. Sesungguhnya
ia telah dinilai dan dikira olehNya. Sungguh dalam utusan kasih cintaNya telah
tertulis, “setiap kebaikan mahupun sebesar zarah tetap dinilai..”. sungguh
kasih dan cinta Allah terhadap hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Mana
tidaknya sesetengah dari kita benar-benar ingin kelihatan kebaikan yang
dilakukannya diatas donia ini agar kelihatan hebat dan dipandang mulia. Apa salahnya
sekiranya mencontohi Uwais al-Qarni yang tidak terkenal di donia, tapi telah
disebut-sebut namanya oleh penghuni langit. Tidak terkenal ketika hidupnya tapi
terkenal ketika mati apabila ramainya manusia yang berbaju putih bersusun-susun
menguruskan jenazahnya. Dan ia telah menjadi buah mulut orang perkampungannya
pula. Wahh osem bukan, sudahlah menjadi sebutan penghuni langit tatkala
hidupnya, doanya begitu mustajab semasa bernyawa dan menjadi bualan semesta
alam pula sehingga hari ini sesudah matinya. Menarik bukan??..
Mungkin tidak perlu memikirkan penilaian mereka diseseliling
jua bersedih hati, sungguh yang menilai amal kebajikan kamu yang hakiki bukan
mereka, sungguh Dia lah sebaik-baik penilai dan Maha Mengetahui. La tahzan
syeikh..tiada yang lebih bernilai selain redhanya. Bersabarlah menempuh jalan
yang panjang ini.
Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau.
Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang yang bertaqwa.
Tidakkah kamu mengerti? (6:32)
Hoyeahh..tidakkah kamu mengerti??..jadi sejauh mana dan
apakah yang kita lakukan didonia ini sepanjang hayat dan nafas yang diberikan
Allah kepada kita. Terlaksanakah dua tujuan hidup kita yang utama ??..dan tidak
semua mengerti apakah dua tujuan hidup itu. Jom muhasabah aiwahhhh..doing da’wah
everytime, everyday. Demi mencari maradhatillah..


No comments:
Post a Comment