Friday 28 December 2012

Exam oh Exam !!

Exam oh exam..hewww. ohhh er sekarang adalah musim peperiksaan akhir bagi kami student ipta. Maka dengan ini bertungkus dan lumus lah kami study. Sylibuss yang disediakan untuk satu semester tapi dapat discover hanya dua ke tiga hari sahaja. Ada yang lagi power dua ke tiga jam sahaja khatam satu buku rujukan dan slide.hehe..
kredit


Ehemm dan dimusim ini jugalah saat terjaga ibadah wajib dan sunnah. Maklumlah nak exam kan. kenalah jaga semua bende-bende nih. Failed pula nanti. kan Allah tempat kita memohan bantuan dan pertolongan. Nak exam ni, kenalah doa dan buat ibadah banyak-banyak. Maka penuhlah surau dan masjid dek kerana musim exam ini. Hehe..qimullai dan tahajjud amat dijaga rapi sekali. Lepas tahajjud lantas menyambar buku-buku yang ada untuk ditelaah.

Seperti biasakan situasi sebegini rupa. Dan saya juga sebegitu. Sesudah isyak ambil masa untuk lelap sekejap. Mencari Nescafe menjadi peneman stay up nanti..woii stay up untuk study pon dikira qiamullai kot. Study kn ibadah. Than ambil masa sekejap untuk solat sunnah dan tadabbur.
Persoalannya, betulkan spec mata sekejap, ehemm…adakah ibadah sunnah dan wajib ini bermusim..zassss!!! kilat petir sambung menyambung diatas kepala..krikkrikkrik (merdu betol suara incik cengkerik)

T_T …… jom muhasabah diri

Situasi : insyaAllah esok kita akan buat solat hajat perdana untuk mempermudah urusan pepriksaan kita. insyaAllah kita akan mengadakan Iftar Jamaei bersama-sama pada petang harinya. Disebelah malam pula kita akan qiamullai bersama-sama juga nanti.

Bagus bukan, pernah mengalaminya bukan. Daripada UPSR, PMR, SPM, PSPM(matrikulasi) ehemm kalau masuk matrik lah, kalau yang ke obersea tu lain lah kan, saya pun tidak tahu apa sepsis peperiksaan mereka. Dan di university juga turut mengalaminya. Huhuhu, pernah atau tidak kita terasa kita seperti mengadakan ibadah-ibadah ini bermusim. Selepas bancian jom kita lihat kaji selidik dibawah, hewwwhewww.

Solat subuh, sebelum exam ada lah beberapa kerat jemaah dekat surau mahupun masjid. Minggu peperangan peperiksaan. masyaAllah sejuk hati apabila melihat suasana subuh, meriah sangat masjid dan surau. Kalau dilihat oleh yahudi nih, memang kecut perut lah mereka semua. Mana tidaknya subuh ni kan menjadi kayu ukur kekuatan umat Islam. Kalau penuh dan meriah masjid tatkala subuh begini memang power teramat sangat lah kirenya. T_T..malangnya pada musim peperiksaan ini sahaja suasana begini. Habis peperiksaan ia kembali lengangseperti sedia kala.

Al-Quran,sebelum exam Quran yang diletakan dialmari masjid kelihatan berhabuk dan cantik tersusun seakan-akan menjadi hiasan pula. Ehemm musim peperiksaan, fuiyooo katanya tidak cukup Quran yang diletakan di dalam masjid.

Siapa kenduri ni, sampai dekat sini pedih mata dek kerana bawang yang sedang dihiris makcik-makcik itu.
Kuliah maghrib ataupun tazkirah, dahulunya sedikit sahaja bilangan ahli pendengar dan ketika exam berduyun-duyun yang dtang mendengar seperti ada ostad azhar idrus yang memberikan kuliyah.
Sebelum ini didalam bilik dipasang lagu-lagu korea dan metal, musim exam. AllahuAllah, tenang suasana bilik apabila mendengar lantunan ayat-ayat al-Quran dan nasyid yang merdu lagi menenangkan jiwa.

Maksiat dapat dikurangkan, couple yang teramat manis bak kata ostad azhar seperti the dan gula, dua-dua mintak dijirus dengan air panas, mereka pun berehat dari dating mendating nih. Hobi membuang masa juga dapat dielakan. Semua aktiviti harian berubah, nampak begitu baik sekali. Alhamdulillah. Ehemmm, namun ianya bermusim pada minggu peperiksaan sahaja.

Jom muhasabah diri, adakah ibadah – ibadah ini benar-benar bermusim? Tepuk dada tanya iman. Apa khabar iman. Mungkin bertambah sihat dimusim exam nih..hehe..sebenarnya ibadah-ibadah ini menguatkan rohani kita. Bagus dah sebenarnya apa yang sedang kita semua lakukan ini. Cuma perlu diistiqamahkan. Istiqamah yang dikuti dengan mujahadah. insyaAllah semoga dipermudahkan urusan peperiksaan kita semua. Semoga ibadah yang kita sedang lakukan pada musim exam ini dapat diistiqamahkan untuk hari-hari yang bukan waktu exam.

Antara golongan yang dimasukan kedalam sorga. – para pemuda yang hatinya terikat pada masjid (bukan jatuh cinta dek kerana kecantikan masjid itu, namun cinta untuk mengunjungi serta berjemaah disana). Jom berjemaah dimasjid.
Bukankan tanggungjawab kita berpesan – pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Jom muhasabah diri. Gud luck exam. Hewwww2

Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan penuh rasa pengabdian (ikhlas keranaNya, tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai kedarat, malah mereka kembali menyekutukan Allah. ( Ar-Rum : 65)

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali sesat, seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan. ( Yunus:12)

T_T memang pedih, terasa seperti kena atas hidung sendiri. Jom muhasabah dan Sarawak bersama-sama..wasalam

1 comment:

  1. time2 mcm ni bru nk bentang sejadah.. nk ingt ALLAH.. heh! acting!mcm ALLAH xtau kite ni kuat acting.. *nges smpai banjir sbb ckp based on pngalaman sndiri*

    huwaaa!

    ReplyDelete