Amalan bergantung kepada setiap niat
setiap masa semestinya akan berlakunya sebuah
perbuatan. Walaubagaimanapun adakah setiap perbuatan kita itu menjadi satu
ibadah kepada Allah. Bagaimanakah untuk memastikan perbuatan kita itu menjadi
atu ibadah adalah dengan memastikan niat kita itu kerana Allah. Hal ini telah
diriwayatkan dalam satu hadis..
Daripada
Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku
mendengar
Rasulullah
SAW bersabda:
Bahawa
sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya
bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju
kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau
kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah
perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli
Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn
Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn
Muslimal-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan
antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam al-Bukhari
meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan
beberapa
tempat lain dalam kitab sahihnya.
Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) باب
قوله ) hadis
nombor 1908).
Niat adalah teras segala amalan.
Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang
baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa
faedah walaupun dilakukan dengan niat
yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya',
menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi
suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.
Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa
besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan
RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia
hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun
hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga
dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

No comments:
Post a Comment