Monday, 23 January 2012

jahiliah lagikah kita???


Jahiliah lagikah kita?

Terjawab atau tidak soalan ini?..menurut pengetahuan kita dan disahihkan oleh dewan bahasa jahiliah bermaksud tidak bertamdun dan bodoh…er ker itu maksud jahiliah??..zaman jahiliah adalah sebuah zaman dimana orang-orang yang berada dizaman itu tidak mempunyai asas akidah dan pegangan yang kukuh dalam hidupnya…nak tau lagi..search lah sendiri…=P

Perbezaan jahiliah pada zaman ini dengan jahiliah dizaman Nabi Muhammad SAW pada masa dahulu sudah tidak jauh berbeza. Hal ini kerana pusing lah sekeliling kita, berbagai perbuatan jahiliah telah berlaku dalam dunia kita hari ini. Pada zaman dahulu msyarakat jahiliah menanam anak perempuan, tapi jahiliah moden pada zaman ini lagi kejam, sudah meninggalkan anak di tepi jalan, dibiarkan sahaja anak dihurung semut, dimakan biawak..haishhh..sungguh kejam masyarakat jahiliah moden pada zaman ini. Selain dari itu juga masyarakat jahiliah moden sekarang lebih mudah terpengaruh dgn budaya barat yang menganjurkan hiburan.

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenar).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah. (2:120)

Lainkah kita dengan masyarakat jahiliah dahulu. Masyarakat jahiliah dulu sering menganjurkan hiburan dan berpesta yang melalaikan. Dunia yang kini dianggap serba canggih sebenarnya saling tidak tumpah masyarakatnya dengan masyarakat jahiliah dahulu. Sekiranya diertikan jahiliah itu tidak bertamadun, masyarakat dahulu sudah jauh hebatnya. Pembinaan patung yang hebat latta, uzza, senjata perperangan, pyramid. Perkara sedemikian sudah cukup canggih pada zaman tersebut manakala dizaman ini pula, kita semestinya berbangga dengan kemodenan dan kecanggihan teknologi. Walaubagaimanapun akhlah dan akidah masyarakat kita tidak pernah berubah sedikitpun dengan masyarakat jahiliah terdahulu. Penyelesaian kepada permasalahan ini adalah dengan kembalinya manusia kepada fitrah kejadian kita sebagai manusia yang sebenarnya.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (51:56)

No comments:

Post a Comment