
Islam bukan sebuah agama 2 in 1 macam Milo fuze tue. Islam
adalah sebuah agama yang lengkap dan setiap pengikutnya hendaklah memasuki
sepenuhnya. Tidak bolehlah seseorang itu hanya mengamalkan Islam di sesuatu
ketika sahaja tetapi perlu mengambil setiap aspek kehidupannya dengan Islam. Contohnya
seperti kita nak solat tapi dalam satu masa tu nak berzina. Nak bersedekah tapi
nak juga berjudi. Nak pergi haji tetapi masih amalkan riba. Yang lagi teruk
hanya nak jadi Islam tapi cukuplah kat kad pengenalan sahaja. Janganlah kita
meletakan Islam untuk hal tertentu sahaja. Takut kita menjadi secularism pula. Haishh
susah nanti beb.. Hal ini telah diperjelaskan dalam Al-Quran iaitu,
Wahai orang-orang
beriman! Masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia
musuh yang nyata. (2:208)
Renungkan dan muhasabah diri kita, adakah kita sudah meletak
Islam atau sudah memasuki Islam seluruhnya dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya
belum, masih sempat lagi untuk diri kita untuk kembali kejalanNya serta mendapat
keredhaan Allah SWT. Rugilah kita sekiranya tidak meletakan Islam sebagai
keutamaan dan keseluruhan dalam setiap aspek kehidupan kita.
Kalaulah dahulu kita terlena bangunlah, kalau dahulu kita
alpa sedarlah, kerana sedarlah bahawa solat, ibadah, hidup dan mati kita kerana
Allah.
Katakanlah, “ Wahai
hamba-hambaKu yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
semuanya. Sungguh, Dia Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang (39:53)
Dan kembalilah kamu
kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum dating azab kepadamu,
kemudian kamu tidak dapat ditolong. (39:54)
Dan ikutilah
sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum dating
azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya. (39:55)
No comments:
Post a Comment